Laman Sesawang SMK Tasek Utara 2 Johor Bahru

Monday, February 21, 2011

Majlis Perpisahan PPM

 Cik Siti Azura Bt Md Akip
Gadis yang kecil molek dan manis senyumannya di atas ni lah Cik Siti Azura kalau nak kenal. Majlis perpisahan di buat secara kecil-kecilan sahaja di dalam kelas pendidian khas. Cik Siti Azura ini dapat bertukar ke SMK Jalan Junid di Muar Johor. Riang gembira sungguh cik Siti Azura nih maklumlah dapat balik kampung katakan... Semoga Cik Azura teruskan kerjaya anda disana k.



Selepas jamuan sedikit tibalah masa sesi bergambar pula. Suka pelajar-pelajar nih apabila ajak bergambar.. ish2 pantang ajak bergambar mesti laju jer pelajar nih... Sesi bergambar ini adalah untuk kenangan bersama sepanjang beliau berada di sekolah ini. Ini sesi bergambar Cik Siti Azura bersama pelajar lelaki.


Tidak kurang pelajar perempuan pun sama juga suka bergambar. Sesi bergambar pelajar perempuan bersama Siti Azura.


Sesi bergambar bersama guru-guru dan PPM kelas pendidikan khas SMK Tasek Utara 2.


Nak diceritakan pula, ingatkan pelajar jer suka bergambar, rupanyan guru2nya pun sama juga...hehehe.. patut la pelajar suka bergambar. Ini lah Guru-guru pendidikan khas bersama Cik Siti Azura.. begitu lah ceritanya

0 comments:

Post a Comment